|
FEDEC Anjurkan Program Sempena Cuti Sekolah |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 10 November 2008 09:43 |
Pusat Penyelidikan Falsafafah Pendidikan (CPIE), Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kecemerlangan Keluarga (FEDEC), akan mengadakan program untuk kanak-kanak serta remaja berumur di antara 9 sehingga 17 tahun, dari 1 sehingga 5 Disember 2008, bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 petang,bertempat di Rumah FEDEC, di Lot 134, Jalan Merbau, Kg. Melayu, Ampang. Bayaran yang dikenakan adalah RM 130.
Pengisian program tertumpu untuk mengasah teknik berfikir serta meningkatkankeyakinan di kalangan peserta. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Saudari Azmiza, 019-951 4389. Borang penyertaan boleh difax ke 03-6189 6700 sebelum 27 November 2008.
Sila Muat Turun Brosure Program |
|
Last Updated ( Monday, 17 November 2008 03:28 )
|
|
AKADEMI NISA' ISLAM (ANIS) |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 07 November 2008 12:45 |
|
Anda an-nisa' ? Muslimat ? Remaja wanita ? Pelajar sekolah ? Mahasiswi ? Jika iya.. ini adalah berita baik untuk anda. Mahu berbakti dan menyumbang untuk Islam.. Ingin membantu anak bangsa.. Tidak lagi sanggup melihat gejala kerosakan akhlak yang semakin menjadi-jadi.. Mari kita bersama membantu dan berjasa buat ummah.. Satu program untuk kita mengenal pasti peranan kita di muka bumi ini..Anda akan dibawa mendekati isu-isu yang sedang berlegar-legar dalam masyarakat kita.. Insyallah, waktu hujung minggu anda tidak akan sia-sia jika anda bersama kami! Pada : 19 & 20 November 2008 [Rabu & Khamis] Waktu : 8.30 pg- 6.30 ptg Tempat: FEDEC, 134, Jalan Merbau, Kg. Melayu, Ampang Bayaran : RM 10
Sila hubungi azmiza (kak mija)- 019 951 4389, untuk pendaftaran dan pertanyaan, sebelum / pada 17 Nov 08. |
|
Last Updated ( Monday, 17 November 2008 02:07 )
|
|
|
Iftar Jama’iey HELWA-FEDEC ABIM |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 09 October 2008 01:44 |
 Pada 20 September 2008, iaitu bersamaan 20 Ramadhan 1429 H, HELWA bersama FEDEC telah berjaya menganjurkan Majlis Iftar Jam’iey, bertempat di bangunan FEDEC di Ampang. Majlis yang bermula pada jam 6 petang itu telah dihadiri oleh kira-kira 40 orang yang terdiri dari sukarelawan FEDEC, staf ABIM, HELWA ABIM, dan ahli-ahli ABIM yang tinggal di kawasan berhampiran. Dalam ucapannya Pn.Azini yang merupakan Pengurus FEDEC merakamkan penghargaan kepada hadirin kerana sudi meluangkan masa hadir ke majlis tersebut. Beliau turut memaklumkan perkembangan aktiviti atau program-program FEDEC dan HELWA yang telah berjalan dan akan dilangsungkan pada masa akan datang, serta amat megharapkan bantuan dari tenaga-tenaga sukarelawan. Semasa majlis ini, beberapa pihak telah menyumbangkan barangan terpakai kepada pihak FEDEC untuk disumbangkan kepada yang memerlukan dan dijual untuk menggerakkan aktiviti FEDEC yang seterusnya. Majlis tersebut berakhir pada jam 10.30 malam selepas solat terawikh secara berjamaah. |
|
Sukarelawan FEDEC Membantu Anak-Anak Yatim Untuk Shoping raya |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 09 October 2008 01:42 |
 Pada 13 September yang lepas, FEDEC dan sukarelawannya telah bersama-sama membantu 130 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal Rumah Titian Kasih, membeli baju raya di Mydin, Subang Jaya. Baju-baju raya tersebut telah dibiayai oleh syarikat TIME dotCom. Selain 30 orang sukarelawan dari FEDEC yang turut serta, staf TIME dotCom, sukarelawan dari Public Mutual dan pekerja Mydin sendiri turut membantu. |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
|
Page 1 of 2 |